“ Bang, bila kita nak kelik? Laparlah”, kata Din kepada abangnya yang sedang menyiang beberapa ekor ikang yang baru diperolehinya. Dolah baru darjah 5 tapi badannya cukup besar untuk menggendong jala arwah bapanya dan mencapaknya.
“Nantilah sat. Pa mung tengok ku tengah dok buat pa ni, kalu mung nak cepat kelik, tulong la gatek”, ujar Dolah sambil terus menyiang di atas batu hampar. Ikang sia, peridung, rhong, ubi, lampam - macam-macam ada. Dolah dan Din memang diajar oleh arwah Pak Lang Di kalu nak ikang tahan lama, molek siang dulu. Kalu tidak ikang phu perut, jadi medak.
Sungai Ketil tak joh dari rumah dema ni memang banyak ikang dan hari ni nasib dema baik. Capak sedas, empat lima ekor ikang kena. Tu yang jadi ghalek, sampai tak ingat ke masa yang dah lepas laho. Langit yang tadi cerah pun dah semakin ja’ong.
Sambil membantu abangnya, Din mengusap perutnya yang dah semakin berkeroncong. Pagi tadi dia hanya beserok sekeping pek nga ja. Pas tu masa lalu tepi rumah Mak Su Pah tadi dan jengo amek buah jamu dua tiga butir. Bagi budak 9 tahun macam dia, yang cedas dan tangkas, sat saja dah lapar kelik dah.
Memang musim cuti sekolah seperti ini, dua beradik ni jarang lekat di rumah. Ada saja aktiviti yang dibuat. Mak Lang Tipah po tak ngok nak merepek dah. Kemarin masa Mek Jah minta tulong gi kedai, dema dok ghalek ming caplong, sejenis senapang buatan sendiri dari buluh dan berpelurukan buah cenerai.
Kemarin dulu dema gi ghaib senyap menerbey burung di dusun di belakang rumah dema. Bersenjatakan terbey buatan sendiri dari kayu pulai, beberapa ekor burung capa, tet-tet dan punai menjadi sasaran mereka. Burung-burung itu dicabut bulu, disiang, dibakar dan diratah begitu sahaja. Kalu Zemi, Mael, Soberi, Mat Cha dan Musa mari lagi riuh. Masa tu pakat main acilut, tidak po tuju botol, tidak po katok kepala ular.
CAPLONG
http://www.my-rainforest-adventures.com/2009/06/shooting-my-chaplong-caplong-bamboo-pump-gun-final/
Kemarin dulu dema gi ghaib senyap menerbey burung di dusun di belakang rumah dema. Bersenjatakan terbey buatan sendiri dari kayu pulai, beberapa ekor burung capa, tet-tet dan punai menjadi sasaran mereka. Burung-burung itu dicabut bulu, disiang, dibakar dan diratah begitu sahaja. Kalu Zemi, Mael, Soberi, Mat Cha dan Musa mari lagi riuh. Masa tu pakat main acilut, tidak po tuju botol, tidak po katok kepala ular.
Selesai menyiang ikang, Dolah mula berkemas sambil mencuci jala sementara Din mengumpulkan ikang-ikang yang sudah disiang ke dalam sumpit.
Tiba-tiba….